Sesal Separuh Nyawa




Peperangan terjadi di mana-mana,
ia tidak hanya muncul secara fizikal.
Lebih parah lagi, peperangan terjadi dalam diri kita sendiri.
Begitulah.
Kadang kala, kita terpaksa membuat pilihan dan berperang dengan perasaan sendiri.
Malah, kita juga turut mempertimbangkan kehendak orang lain.
 Kita tidak mahu keputusan yang kita ambil akan menorehkan luka pada hati orang lain.
Seboleh-bolehnya biar hati kita sendiri yang terluka, berdarah dan merekah.
 Apabila kita berjumpa orang, mereka akan mengatakan kita tidak ada perasaan kerana bertindak di luar jangkaan mereka.
Malangnya, mereka sendiri tidak tahu bahawa merekalah antara sebab kita memilih memendamkan perasaan demi menjaga hati orang lain.
 Hati kita terkoyak, parah dan bernanah, tidak apalah asalkan jangan hati mereka. Hati kita keras bukan? 

Comments

Popular posts from this blog

Puisi Lantai

Sepucuk Surat Dari Jiwa