Puisi Lantai



Lantai

kita tak pernah berkenalan. tapi sayang
kalau nanti aku jatuh, aku akan segera tahu
kau ada disitu menyambutku

kita tak pernah berkenalan. tapi sayang
katamu, bahawa dalam beberapa hal
alasan tidak diperlukan; misalnya jatuh cinta

kukucup dadamu yang basah
di puncak malam oleh doa

rasakah kau akan dahiku, hidungku,
dua telapak tanganku dan sepasang bibirku?
dengarkah kau akan rahsia
yang wajib kauterima
sampai remuk redam dadamu
digoncangnya?

Puisi Karim Mohd. dalam Nokturna

Comments

Popular posts from this blog

Sesal Separuh Nyawa

Sepucuk Surat Dari Jiwa